Thursday 20 October 2011

Ketakutan Steven Gerrard


STEVEN Gerrard
STEVEN Gerrard
STEVEN Gerrard bimbang kecederaan selama enam bulan bakal menjadi penamat zaman kegemilangannya.
Kapten Liverpool berusia 31 tahun itu memulakan perlawanan pertamanya sejak Mac lalu apabila menentang Manchester United, Sabtu lalu dan menjaringkan gol untuk memastikan keputusan seri 1-1.
Ia satu kepulangan yang cukup sempurna selepas begitu lama diketepikan akibat pembedahan pangkal paha dan jangkitan yang terus menjejaskan kecergasannya.

Begitupun selepas beraksi sepanjang permainan selepas beraksi tiga kali sebagai pemain simpanan musim ini, Gerrard mengakui dirinya cukup tertekan ketika menjalani pemulihan.



Kapten Kop itu mengakui bimbang jika tidak dapat kembali dengan prestasi seperti dulu.

"Ketika mengalami kecederaan, saya sedar ia pastinya serius dan ia bukan sesuatu yang biasa saya hadapi.

"Saya cuba bersikap positif tetapi saya mengakui memang begitu tertekan.

"Ada ketikanya, sebagai pemain bola sepak saya berasa cukup menderita. Mungkin ia sesuatu yang biasa untuk anda berasa bimbang dan pelbagai perkara bermain di minda anda."

Pemain tengah England itu turut menjadi nadi pencapaian Liverpool sejak beberapa tahun lalu.

Dia mendedahkan kecederaan pangkal paha membelenggunya sejak beberapa musim sebelum dia memilih untuk menjalani pembedahan Mac lalu.

Kecederaan itu menjadi masalah besar buatnya apabila dia bermain dengan latihan yang tidak mencukupi.

"Sebelum pembedahan, saya terpaksa mengambil suntikan sebelum bermain kerana rasa agak terganggu. Sebenarnya, saya berasa ia bukan sesuatu yang betul.

"Saya bertarung untuk kembali cergas dan kembali ke padang. Saya cuba bermain tetapi ia tidak seperti yang saya inginkan.

"Saya tidak mengikuti sesi latihan dan datang sehari sebelum perlawanan untuk sesi latihan terakhir atau menerima suntikan sebelum bermain keesokan harinya.

"Anda hanya boleh lakukan beberapa kali sebelum tubuh anda tidak boleh menerimanya dan itulah yang berlaku kepada saya.

"Pangkal paha saya berasa amat sakit dan saya begitu tertekan dan rendah diri."

Pulih daripada kesan psikologi akibat begitu lama diketepikan bukan sesuatu yang mudah buat pemain setia Liverpool itu.

"Saya cuba bersikap positif tetapi ia mengambil masa sebelum benar-benar berfikiran positif.

"Keadaan itu berlanjutan sehingga beberapa minggu selepas pembedahan dan tidak lagi bertopang, saya kembali positif. Keadaan saya semakin lama semakin baik dan rasa positif itu tiba secara beransur-ansur.

"Tidak syak lagi, enam bulan lalu adalah yang paling sukar sepanjang karier saya."

Gerrard turut membalas komen yang dibuat penjaga gol Sepanyol, Pepe Reina dalam autobiografi terbarunya mengenai sikapnya yang lebih senang mendiamkan diri ketika berada di bawah pemilik Anfield sebelum itu.

Penjaga gol Sepanyol berusia 29 tahun itu mahu kapten kelab itu dan Jamie Carragher supaya meluahkan pandangan mereka terhadap bekas pemilik kelab itu dari Amerika Syarikat, Tom Hicks dan George Gillett.

Kedua-dua bintang Liverpool itu dikatakan kecewa dengan pandangan bahawa mereka sepatutnya lebih lantang dalam kempen untuk menyingkirkan Hicks dan Gillett daripada kelab itu.

Rancangan itu menjadi kenyataan apabila kelab Anfield itu dibeli Fenway Sports Group yang turut dimiliki ahli perniagaan AS, John W Henry, Oktober lalu.

Kini Gerrard mendedahkan mengapa dia terus berdiam. Ia adalah arahan pengurus ketika itu, Rafa Benitez.

"Satu-satunya sebab saya tidak bersuara adalah kerana Rafa tidak mahu saya berbuat demikian.

"Saya bertanya kepadanya sama ada saya perlu berkata sesuatu tetapi beliau berkata serahkan saja kepadanya. Ketika situasi seperti itu berlaku, saya tidak fikir pemain perlu campur tangan.

"Jika saya dan Jamie campur tangan, saya tidak fikir pemilik pasukan akan berkata 'Baiklah, kami akan menjual kelab ini STG100 juta lebih rendah."

Reina bagaimanapun memuji kepulangan Gerrard.

"Stevie adalah lencana kelab ini, jiwa pasukan ini. Kepulangannya ke padang adalah inspirasi bagi kami," katanya.
terimakasih sebab baca :)

Basikal Fixie Hilang


17 pelajar ditahan untuk siasatan kes kehilangan basikal Fixie


     
BESUT: Sebanyak 21 suspek termasuk 17 pelajar sekolah menengah ditahan untuk siasatan kes kehilangan 14 buah basikal jenis Fixie dari sebuah kedai basikal di Alor Lintang dekat sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata tangkapan itu dibuat selepas polis menahan seorang penganggur berumur 23 tahun ekoran laporan dibuat oleh pemilik kedai basikal berkenaan pada keesokan harinya.

Katanya, hasil sisatan terhadap lelaki itu, polis kemudiannya menahan sebanyak 20 suspek termasuk pelajar sekolah yang berumur antara 13 hingga 16 tahun kerana memiliki basikal yang dicuri untuk kegunaan mereka sendiri.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini hari ini, beliau bagaimanapun menjelaskan 11 daripada pelajar sekolah itu dibebaskan dengan jaminan polis manakala yang lain masih ditahan untuk siasatan.


Kamaruddin berkata siasatan awal mendapati basikal curi itu dijual kepada pelajar sekolah terbabit dengan harga antara RM150 hingga RM250 sebuah.

Katanya, basikal Fixie kini sangat popular digunakan oleh pelajar untuk kegiatan rekreasi dan harga setiap satu ialah antara RM550 hingga RM660. - Bernama





Diambil dari hmetro.com.my



terimakasih sebab baca :)